Laman

Friday, February 17, 2017

Dirimu Berharga.

Dunia itu hakikatnya sangat  menyakitkan. Aku pernah mencintai dunia, dan banyak kali kecewa. Kadang-kadang, aku menangis sebab tidak dapat apa yang aku inginkan di dunia. Dan apabila tiba tiba aku tersedar aku menangis untuk dunia, kesedihan aku bertambah-tambah kerana masih ada dunia dalam hati aku.

Gagal. Tidak dihargai orang lain. Bantuan dilupakan. Rasa keseorangan. Perubahan yang dilakukan kerana Allah dikritik hebat. Semua itu kadang-kadang buat aku rasa sedih. Tapi, setiap kali aku rasa seperti itu,  seolah-olah ada satu suara yang memujuk dan berkata...


“Allah tak pandang kegagalan kamu di dunia, kerana itu adalah rancanganNya untuk sesuatu yang lebih berharga untuk dirimu. Biarlah orang tak hargai kamu, Allah sentiasa memandang kamu. Biarlah sumbanganmu dilupakan manusia, asalkan ia kekal tercatat di buku amalanmu. Janganlah kamu rasa keseorangan, bukankah Allah tidak pernah meninggalkan kamu? Biarlah perubahan yang kamu lakukan keranaNya dikritik manusia, syurga sedang melambai-lambai kepadamu. Janganlah kamu menangis kerana dunia, kerana air matamu terlalu berharga untuk dibazirkan kepada dunia yang hanya sementara ini. Dunia ini tidak layak ditangisi oleh seorang yang bergelar muslim sepertimu.”