Dunia itu hakikatnya sangat menyakitkan. Aku
pernah mencintai dunia, dan banyak kali kecewa. Kadang-kadang, aku menangis
sebab tidak dapat apa yang aku inginkan di dunia. Dan apabila tiba tiba aku
tersedar aku menangis untuk dunia, kesedihan aku bertambah-tambah kerana masih
ada dunia dalam hati aku.
Gagal. Tidak dihargai orang lain. Bantuan
dilupakan. Rasa keseorangan. Perubahan yang dilakukan kerana Allah dikritik
hebat. Semua itu kadang-kadang buat aku rasa sedih. Tapi, setiap kali aku rasa seperti itu, seolah-olah ada satu suara yang memujuk dan berkata...